top of page

Biodata Presiden

TUAN HAJI ROSLAND BIN MOHD ARIF

Lahir pada tahun 1957 di Kajang, Selangor dan merupakan anak sulong dari lima orang adik beradik. Dibesarkan di dalam keluarga sederhana di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Di latih dengan azam dan semangat yang tinggi serta disiplin yang kuat oleh Ibu dan Bapa beliau yang merupakan bekas Polis dan Tentera yang pernah berkhidmat untuk negara di sekitar tahun 50an dan 60an.

Mula bekerja dengan Syarikat Insuran Nyawa terkemuka di Malaysia, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad pada tahun 1976 selama 16 tahun dan seterusnya berjaya memperolehi Ijazah secara sambilan di dalam Bidang Insuran Nyawa. Kemudian pada tahun 1990, beliau menceburi bidang perniagaan dengan membuka Syarikat menjual kereta terpakai, Edaran Jati Enterprise di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau hanya mampu bertahan selama 7 tahun dan mengalami kejatuhan pada tahun 1997 ketika kegawatan ekonomi dunia.

Beliau pernah disaman dengan tuntutan berjumlah RM1.6 Juta oleh sebuah Bank di atas kapasiti beliau menandatangani Perjanjian Jaminan Beli Semula ke atas kenderaan yang dibeli oleh pelanggan beliau yang ditarik oleh pihak Bank kerana tidak berbayar. Akibatnya, beliau dijatuhkan muflis pada tahun 1997 dan hanya dibebaskan dari muflis pada April 2001 setelah beliau menang dalam kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Pengalaman beliau ketika masih di dalam muflis telah menyedarkan beliau betapa sukarnya kehidupan dengan segala kekangan dan masalah kewangan yang dihadapi yang amat membuntukan. Bermula dari situ sejak tahun 1990 hingga 2001 dengan pengalaman sebagai seorang muflis beliau membantu rakan-rakan dan mereka yang memerlukan bantuan untuk solusi penyelesaian yang melibatkan kes-kes pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan dan pinjaman perniagaan runcit. Manakala sejak tahun 2010, beliau lebih fokus membantu di dalam kes lelongan rumah dan kenderaan.

Pada tahun 2013 lahirlah Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), dimana persatuan ini dijadikan landasan untuk membantu pemasalahan hutang dan liabiliti pengguna yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Pengenalan

PERSATUAN penyelesaian PENGGUNA DAN PEMINJAM MALAYSIA (4pm)

Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) telah ditubuhkan oleh Presidennya Tuan Haji Rosland Bin Mohd Arif pada 17 Julai 2013 dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri di bawah  Seksyen 7, Akta 335,  Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran  PPM-005-10-17072013.

Peranan utama 4PM sebagai sebuah organisasi pertubuhan NGO adalah membantu Peminjam, Penjamin dan Pengguna yang bermasalah di dalam rundingan penyelesaian hutang atau liabiliti mereka dengan pihak Pemiutang / Bank dan Syarikat Pengguna.

4PM juga berinteraksi dengan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Insovensi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Agensi Kerajaan yang lain di dalam memberi apa jua maklum balas dan cadangan untuk mencari satu solusi terbaik ke arah mencapai satu penyelesaian kompromi untuk semua yang terlibat di dalam pemasalahan tersebut.

4PM terlibat secara langsung dalam memberi didikan, kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan tanggungjawab dan hak mereka sebagai Peminjam, Penjamin mahupun Pengguna agar mampu keluar dari belenggu hutang atau liabiliti mereka khususnya dengan cara yang terhormat.

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

bottom of page