top of page

JENIS PERKHIDMATAN

Secara ringkasnya 4PM membantu Peminjam, Penjamin dan Pengguna di dalam perkara berikut :

 

  •  Memberi apa jua maklum balas dan cadangan kepada pihak Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk mencari satu solusi terbaik ke arah mencapai satu penyelesaian kompromi untuk semua yang terlibat di dalam permasalahan hutang perbankan dan liabiliti pengguna.

 

  • Memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan tanggungjawab dan hak mereka sebagai Peminjam, Penjamin mahupun Pengguna agar mampu keluar dari belenggu hutang atau liability mereka dengan cara yang terhormat.

 

  • Menyelamatkan hartanah Peminjam / Pencagar dari DILELONG, DISITA, atau DIBEKUKAN.

 

  • MENANGGUHKAN / MEMBERHENTIKAN tindakan SIVIL dan LELONGAN melalui proses RUNDINGAN dengan pihak Pemiutang / Institusi Perbankan.

 

  • Rundingan dengan pihak Pemiutang / Institusi Perbankan untuk PENYELESAIAN KREDIT melalui PENJADUALAN SEMULA, PENSTRUKTURAN atau PENYELESAIAN KOMPROMI dengan diskaun yang MAKSIMA dan pembayaran balik mengikut kemampuan Peminjam / Penjamin untuk pembebasan dari SENARAI HITAM.

 

  • Membantu Peminjan, Penjamin dan Pengguna untuk menjual aset bagi menyelesaikan hutang / liabiliti mereka.

 

  • Menyediakan khidmat guaman dan penilaian harta oleh pakar professional.

 

  • Membantu Peminjam, Penjamin dan Pengguna untuk berurusan dengan Syarikat Pemiutang / Institusi Perbankan, Syarikat Pengguna, Mahkamah & Jabatan Insolvensi dan Agensi Kerajaan.

 

  • Membantu dalam urusan keluar Negara untuk mereka yang telah dimufliskan.

bottom of page