top of page

AKTIVITI PERSATUAN 4PM

1.      4PM secara konsisten telah banyak mengeluarkan Artikel di dalam Akhbar SINAR HARIAN dan UTUSAN MALAYSIA serta Berita Web seperti                   MALAYSIA GAZZETE, FREE MALAYSIA TODAY (FMT), MYNEWSHUB, UTUSAN ONLINE bertujuan:

a.    Memberi Kesedaran kepada Rakyat akan bahaya berhutang, tanggungjawab dan hak sebagai peminjam dan penjamin.

b.   Memaklumkan kepada Ummah samada yang terjebak dengan belenggu hutang, bakal /telah dimufliskan dan juga kes rumah yang bakal            dilelong agar tidak terus buntu malah ada penyelesaiannya dengan menghubungi 4PM untuk khidmat bantuan.

c.    Melaporkan apa jua informasi penting untuk makluman awam dan pihak Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.

2.      4PM telah beberapa kali ditemuramah oleh TV ASTRO AWANI, TV PENGGUNA, TV AL-HIJRAH, TV BERNAMA tentang permasalahan yang                       dihadapi oleh Peminjam dan Penjamin, tindakan oleh pihak Bank dan Pemungut Hutang yang dilantik oleh pihak Bank itu sendiri dan alternatif             penyelesaian yang sedia ada.

3.      4PM telah diundang ke Bernama Radio untuk program “Dalam Radar” untuk membincangkan topik “Bahana Hutang”.

4.      4PM telah kerap mengadakan lawatan ke :

a.    Lapan Belas (18) Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk berbincang di dalam membantu peminjam, penjamin atau pengguna             yang bermasalah.

b.    Lapan belas (18) Institusi Perbankan untuk rundingan ke arah PENYELESAIAN KREDIT melalui PENJADUALAN SEMULA, PENSTRUKTURAN         atau PENYELESAIAN KOMPROMI dengan diskaun yang MAKSIMA dan pembayaran balik mengikut kemampuan Peminjam/Penjamin.

c.    Lima (5) Syarikat Pengguna untuk rundingan ke arah PENYELESAIAN KOMPROMI dengan diskaun yang MAKSIMA dan pembayaran balik              mengikut kemampuan Pengguna.

5.      4PM telah Berjaya meyediakan bantuan perkhidmatan oleh lebih lima puluh (50) orang Agen Hartanah untuk membantu Peminjam, Penjamin               dan Pengguna menjual aset yang dimiliki bagi menyediakan dana untuk menyelesaikan hutang/liabiliti mereka.

6.      4PM juga telah menyediakan khidmat professional guaman dan penilaian harta untuk membantu Peminjam, Penjamin dan Pengguna bila ianya           diperlukan.

7.      4PM telah diundang untuk mengadakan seminar bersama-sama AKPK di Hospital Rehabilitasi HUKM, Cheras pada 10 Mar 2016 di dalam usaha           memberi Kesedaran kepada kakitangan hospital tersebut akan bahaya berhutang, tanggungjawab dan hak sebagai peminjam dan penjamin.

8.      4PM telah berjaya membantu beberapa Peminjam dan Penjamin yang telah dimufliskan dalam urusan keluar Negara melalui permohonan di                 Jabatan Insolvensi Malaysia.

9.      4PM juga banyak menerima panggilan telefon dari peminjam syarikat pinjaman berlesen atau Ah Long. Walaupun 4PM tidak menangani kes                 yang sedemikian, namun 4PM tetap komited untuk memberi kesedaran, nasihat dan cadangan di dalam talian  kepada mereka yang terlibat                 agar merujuk kepada mana-mana persatuan atau Agensi Kerajaan yang boleh  membantu di dalam perkara ini juga membuat laporan polis                   sekiranya nyawa mereka dan keluarga mereka diancam.

bottom of page